• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian Vaksin Harian COVID-19 Lepasi 200,000 Dos

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin harian COVID-19 mencatatkan angka tertinggi semalam apabila berjaya melepasi 200,000 dos buat kali pertama sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Berdasarkan data terkini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Twitter, sebanyak 215,876 dos diberikan semalam, hanya sembilan hari selepas pertama kali melepasi 150,000 dos minggu lalu.

Peningkatan kapasiti pemberian vaksin harian menyaksikan PICK mencapai kemajuan memberangsangkan apabila hampir lima juta dos vaksin diagihkan setakat semalam, dan lebih 10 peratus daripada 32 juta rakyat Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia juga menyaksikan Malaysia berjaya mencapai kapasiti pemberian vaksin 200,000 dos sehari kira-kira dua minggu lebih awal, apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan angka itu dijangka akan dicapai bulan depan.

Data JKJAV menunjukkan 4,904,109 dos vaksin diagihkan setakat semalam, dengan 3,435,420 individu atau 10.5 peratus daripada populasi negara sudah menerima dos pertama.

Daripada jumlah itu, 1,468,689 individu yang merangkumi 4.5 peratus daripada keseluruhan populasi negara ini sudah dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Kuala Lumpur mencatat pemberian vaksin tertinggi dengan 729,301 dos pertama dan kedua, disusuli Selangor (702,575), Sarawak (558,752), Johor (465,512), Perak (386,554), Sabah (383,367) dan Kedah (299,449).

Pada masa sama, JKJAV memaklumkan jumlah pendaftaran penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera pula mencatat seramai 13,837,410 individu setakat semalam.

Jumlah pendaftaran penerima vaksin itu bersamaan 59.1 peratus daripada 23.4 juta individu berusia 18 tahun ke atas di negara ini, yang disasarkan untuk menerima vaksin COVID-19 dalam usaha mencapai imuniti kelompok. – BH Online

Tags: JKJAVKKMPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd