• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Sarawak Angkat Sumpah Khamis Ini

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Majlis angkat sumpah bagi timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri Sarawak di bawah Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan diadakan Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan hari ini, majlis akan berlangsung pada 10.30 pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Petrajaya.

Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari.

Abang Johari adalah antara tiga timbalan ketua menteri di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Dua lagi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

Desas-desus menyatakan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mengisi kekosongan itu memandangkan beliau pemimpin paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Awang Tengah juga merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri.

Selain itu, seorang pemimpin kanan PBB dijangka mengisi kekosongan jawatan menteri perumahan dan urbanisasi serta menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, dua portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Abang Johari.

Abang Johari, 67, anak lelaki bongsu Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lepas di Astana. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahDatuk Amar Abang Johari Tun OpengKabinet Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Transformasi Ekonomi Hasil Sumbangan Masyarakat

Next Post

Amaran Hujan Lebat Di Pantai Timur Semenanjung

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

Next Post

Amaran Hujan Lebat Di Pantai Timur Semenanjung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd