• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Di China Meningkat 3,179

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Jumlah kematian di China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 3,179 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara hari ini.

Tujuh lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala lapan kes baharu dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan mencecah 80,813.

Enam kematian di pusat epidemik, wilayah Hubei dan satu di wilayah Shandong.

Jumlah kematian di seluruh dunia melebihi 4,900 orang, dengan lebih 134,000 kes disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kes pertama Covid-19 di China sebenarnya mula didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang diperkatakan sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut akhbar South China Morning Post, pesakit pertama dijangkiti Covid-19 merupakan penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei.

Sembilan kes Covid-19 didaftarkan pada November, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit yang dijangkiti itu disahkan sebagai ‘patient zero’.

Wabak Covid-19 yang menjejaskan lebih 110 buah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkannya sebagai pandemik.

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia melebihi 128,000, dengan angka kematian 4,720 orang dan pesakit pulih melebihi 68,000.

Dalam tempoh 24 jam lalu, China mendaftarkan lapan kes terbaru.

Tags: ChinaCovid-19kematian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ada Tanda COVID-19 Bermalam Di Kedai Dobi

Next Post

Mahathir Bukan Lagi Anggota PH – Anwar

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Next Post

Mahathir Bukan Lagi Anggota PH - Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd