Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat Rimas Sering...

PELAKON jelita Ayda Jebat yang melakonkan watak utama dalam drama M.A.I.D  mengakui telah bosan...

Ular Sawa Ditangkap JPAM...

GEORGE TOWN - Seekor ular sawa bersaiz raksasa berjaya dijumpai di bawah sebatang...

Mat Sabu Mahu PM...

Walaupun sudah mendapat ikrar daripada Pakatan Harapan untuk mengekalkan kedudukan sebagai perdana menteri, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, Ismail Sabri masih kelihatan teragak-agak dalam tindakannya.Membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini Mohamad berkata Ismail Sabri wajar menunjukkan dia berkuasa dalam kerajaan dan tidak terkesan dengan sebarang ugutan.

Polis Buru Lelaki Ugut...

BEAUFORT - Polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki yang disyaki mengugut isterinya dengan...

Jika Sekolah Cina Dapat, Kenapa Tidak Tahfiz? – ABIM

TUNTUT… Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut pertimbang bajet kepada sekolah swasta lain termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jika PH berhasrat beri peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada belanjawan pembangunan kerajaan Persekutuan, kerajaan juga tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta di bawah institusi pendidikan agama.

“ABIM menggesa kerajaan PH membuat pertimbangan serius untuk memberikan peruntukan tahunan serta layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara terutama dalam perbelanjaan pembangunan kerana banyak sekolah swasta agama yang lebih memerlukan.

“Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat terutama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara serta silibus yang selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kementerian itu tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC dan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.


Namun Maszlee kemudiannya berkata, peruntukan kerajaan PH kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan namun keperluan dan bentuk peruntukan itu akan diputuskan berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan serta selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori