• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Lokasi Sambutan Hari Malaysia Di Kuching Ditukar

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia yang pada mulanya dirancang berlangsung di Padang Merdeka di tengah pusat bandar sini, akan dipindahkan ke Stadium Perpaduan di sini susulan isu jerebu yang melanda, yang diramal berlarutan sehingga hujung bulan.

Timbalan ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Malaysia semalam.

“Selepas diberi taklimat oleh Jabatan Meteorologi, Lembaga Sumber Asli sdan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung keadaan jerebu, kita tidak ada pilihan selain memindahkan venue sambutan ke stadium tertutup, di sebabkan isu kesihatan,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak berkata, ketika ini 100 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia, dan pergerakan angin jelas menunjukkan bahawa kesan jerebu sedang menghala ke arah Sarawak.

“Bagi Sarawak, sehingga kini tidak ada titik panas yang dikesan di sini. Apa yang penting adalah kita tidak boleh mengambil risiko sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melonjak sehingga melepasi angka 200,” katanya.

Awang Tengah berkata persediaan yang dibuat untuk sambutan di Padang Merdeka sehingga kini telah mencapai hampir 80 peratus.

“Tetapi saya amat menyanjung (komitmen semua), petang semalam apabila kita buat keputusan untuk pindah sudah tentu saya dapat lihat ada yang kecewa mereka memang tidak sabar untuk beraksi namun demi kebaikan semua, kita telah buat keputusan (pindah),” katanya.

“Dan saya nampak semua ahli jawatankuasa telah putuskan, mereka telah rancang apa yang patut dilaksanakan walaupun kita ada masa agak singkat untuk buat pelarasan, tapi saya yakin dengan komitmen yang diberikan,” katanya.

“Kita akan berikan yang terbaik bagi memastikan sambutan Hari Malaysia ini menjadi satu kejayaan dan acara utama di stadium tertutup itu nanti akan masih sama dengan apa yang dirancang di Padang Merdeka,” katanya.

Antara acara utama yang dirancang termasuk pesembahan 300 dram, permainan bayang dan perarakan.

Tags: JerebuSambutan Hari Malaysiasarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai JPN Ditahan Keluarkan Sijil Kelahiran, MyKad Tak Sah

Next Post

ADUN DAP Sifatkan Kor Ming Diktator

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Next Post

ADUN DAP Sifatkan Kor Ming Diktator

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd