Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pasangan Lakukan Seks Tepi...

TANPA rasa malu, pasangan ini melakukan seks di tingkap meskipun mereka menyedari perbuatan...

SPRM Bebas Berkawan Dengan...

PUTRAJAYA - Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh berkawan dengan sesiapa sahaja...

Agong Mampu Selesaikan Perebutan...

KUALA KANGSAR - Pemilihan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diserahkan...

8 Lelaki Ditahan Berhubung...

JOHOR BAHRU - Polis menahan lapan lelaki susulan kejadian cuba memecah masuk sebuah...

ADUN DAP Sifatkan Kor Ming Diktator

IPOH – ADUN Pokok Assam dari DAP, Leow Thye Yih yang meletak jawatan sebagai Penolong Setiausaha DAP Perak hari ini secara terbuka mengkritik Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming yang disifatkan sebagai diktator.

Menurut Thye Yih, sebenarnya ramai ahli yang tidak berpuas hati terhadap Kor Ming kerana tindakan dan cara pengendaliannya yang tidak mengikut perlembagaan parti serta menunjukkan sikap diktator dalam setiap tindakannya.

Katanya, contohnya selepas pemilihan parti pada tahun 2017, setiap orang dikehendaki mengikuti pengaturan Kor Ming dalam memegang jawatankuasa DAP negeri.

Jelasnya, sedangkan dalam perlembagaan telah ditetapkan setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) negeri perlu dilantik melalui pemilihan dan Speaker pemilihan turut menasihati beliau.

“Namun Kor Ming tetap dengan pendiriannya iaitu melantik AJK negeri mengikut kehendaknya.

“Oleh itu  kami mengesyaki AJK DAP Perak tidak sah dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan AJK DAP lain-lain negeri. Kami turut mempertikaikan kesahihan kedudukan pengerusi DAP Perak kini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Thye Yih mendakwa, selain itu, pengerusi MPKK dan Ahli Majlis juga dilihat lebih berkuasa daripada wakil rakyat.


Katanya, ini disebabkan lantikan kedua-dua jawatan itu di bawah Kor Ming.

Malah katanya, sesetengah pembantu khas Kor Ming dilihat melangkaui kuasa wakil rakyat tempatan seperti di Parlimen Taiping dan Teluk Intan.

“Wakil rakyat perlu mendengar arahan pembantu khas tersebut sebelum diizinkan untuk mengadakan sebarang aktiviti. 

“DAP Perak yang kini berada di bawah kepimpinan beliau sudah bukan sebuah ‘democratik action party’ tetapi menjadi “dictatorship action party”,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori