• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pilih Pengasuh Menerusi Dalam Talian

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini menggesa ibu bapa agar mendapatkan pengasuh bertauliah yang disyorkan rakan-rakan atau melalui Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Pendidikan dan Jagaan Awal Kanak-kanak (ECCE) dan taska berdaftar.

Timbalan Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata keutamaan kerajaan ialah untuk kanak-kanak berada dalam keadaan selamat ketika ibu bapa bekerja.

“Kita minta tolong jangan cari pengasuh dalam talian. Jangan pilih orang yang kita tidak kenali di Facebook. Pilih mereka yang disyorkan oleh kawan-kawan anda,” katanya pada sidang media bersempena pelancaran senarai semak kualiti pengasuh di rumah berbentuk infografik di sini.

Senarai semak infografik yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah inisiatif fasa pertama untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa sebelum dan selepas menghantar anak mereka kepada pengasuh, katanya.

“Infografik ini adalah mekanisme yang berbentuk sementara sebelum sistem semakan yang sedang dibangunkan siap sepenuhnya tahun depan,”katanya.

Yeoh berkata apabila sistem senarai semak siap sepenuhnya, orang ramai boleh memeriksa latar belakang pengasuh tersebut.

Senarai semak atau panduan sebelum menghantar anak menggariskan lima aspek iaitu persekitaran, peribadi pengasuh, pengalaman dan kelayakan pengasuh, keluarga/ahli isi rumah tinggal bersama dan perkhidmatan pengasuh sedia ada.

Semakan yang perlu selepas menghantar anak untuk tanda penderaan emosi, fizikal atau seksual pula ialah respons anak, respons pengasuh dan tanda penderaan. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh memuat naik gambar beliau bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd