• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu PTPTN Boleh ‘Keluarkan’ PH Daripada Negara

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dilihat boleh jadi antara punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘dikeluarkan’ daripada terus tadbir negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berikutan itu, beliau berkata isu berkenaan harus dibincang dengan baik oleh semua pihak kerana ia melibatkan kos sara hidup yang sering menjadi topik utama dibangkitkan golongan muda masa kini.

“Kalau saya tak berjaya angkat suara anak muda tentang ini (PTPTN), maksudnya saya gagal. Sebab itu, kalau kita bincang tentang PTPTN, saya kena pertahankan (keutamaan golongan muda) dan bawa ke jemaah menteri untuk mencari kaedah yang komprehensif menyelesaikannya.

“Disebabkan itu, kita (Kementerian Belia dan Sukan) selaku platform yang dekat dengan anak muda, harus libatkan diri dan menjadi pendesak utama membantu kelompok berkenaan dalam isu berkaitan kos sara hidup,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkaitan PTPTN dan kehendak serta keutamaan golongan muda masa kini, oleh moderator program berkenaan, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam pada itu, bercakap kepada media selepas program berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa PTPTN perlu memastikan kaedah pembayaran baharu yang mahu dilaksanakan ke atas peminjam tabung pendidikan itu dibuat secara adil.

Beliau berkata nasib peminjam yang sedang membayar pinjaman pengajian mengikut jadual ditetapkan PTPTN juga tidak boleh diketepikan kerana mereka menandatangani kontrak pembayaran itu terlebih dahulu dengan perbadanan berkenaan sebelum kaedah pembayaran baharu dikeluarkan.

“Kita tak boleh pukul rata semuanya. Kalau sebelum ini peminjam membayar RM100 ke RM200 sebulan tapi tiba-tiba naik ke RM600 ke RM700, itu terlalu membebankan kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai tanggungan yang besar walaupun bergaji RM4,000 ke atas,” katanya.

Sehubungan itu, kata Syed Saddiq, KBS dengan Kementerian Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Pada hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek menyatakan jemaah menteri mahu PTPTN menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) ke atas semua peminjamnya susulan pengumuman perbadanan itu pada Rabu lepas, yang akan melaksanakan PGB ke atas peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam. – BERNAMA

Tags: PTPTNSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd