Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

RoS Setuju Dengan Pelantikan...

KEPALA BATAS - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas...

VIDEO: Bolehkah Nilai Kemanusian...

KLIP video berdurasi 3:27 saat yang dihasilkan oleh Rappers Amerika, Prince Ea ini...

LHDN Anjur Program Mahabbah...

Cyberjaya, 27 Mac 2024 – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan...

Peniaga Sayur Tetak Bekas...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menetak kepala bekas majikan dengan sebilah parang kerana tidak...

Istiadat Penghormatan Ditayang Di Skrin Besar Dataran Merdeka

Warga kota boleh mengikuti siaran langsung istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di skrin besar di Dataran Merdeka esok.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain Dataran Merdeka, satu lagi skrin besar akan diletakkan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.

“Paparan istiadat di skrin besar bertujuan membolehkan semua warga kota melihat bagaimana jenazah mangsa tragedi tersebut sampai di tanah air di samping mengikuti penghormatan yang diberikan kerajaan,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian kepada para pemberita selepas Program Penghargaan Warga Kuala Lumpur dan Pelancong Kepada Mangsa MH17 di Jalan Raja Laut di sini Khamis.

Beliau berkata sebanyak 28 panel juga telah dipasang di lokasi di sekitar ibu kota bagi membolehkan warga kota memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi dengan menandatangani panel selama dua minggu.

Panel yang dipasang di hentian bas dan teksi itu kemudiannya dipindahkan ke Jalan Raja Laut berhampiran bangunan DBKL untuk tempoh selama tiga hari bermula semalam.

“Seramai 30,000 orang telah menandatangani panel berkenaan selain menulis ucapan takziah dan berkongsi rasa simpati dengan keluarga mangsa,” tambah Tengku Adnan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Parisign Media Michael Tan, syarikat iklan yang bertanggungjawab memasang panel itu berkata panel tersebut bertujuan menyatukan semua warga kota dalam menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi MH17.


Tinjauan Bernama mendapati panel itu turut ditandatangani pelancong dari Pakistan, Czech dan Slovak serta Kemboja.

Mereka yang menandatangani panel berkenaan turut memberikan kata-kata semangat kepada MAS seperti ‘Stay Strong MAS’ dan ‘Jangan Pernah Putus Asa MAS’.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia. Daripada jumlah ini, 20 mayat dijadual tiba di tanah air esok.

— BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori