Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Ketampakan Rendah Kurang...

KUALA LUMPUR - Ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Perlis,...

1,400 Ekor Kura-Kura Cuba...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berpangkalan di sini merampas...

DoJ: MalaysiaKini Kantoi Isu...

SENARAI barang kemas dipaparkan portal propembangkang Malaysiakini didakwa konon dibeli Low Taek Jho sebagai...

Medan Diisytihar Bandar Terkotor...

PANTAU... Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) di Indonesia memberikan penilaian terhadap sejumlah...

Waktu Bertafakur Esok Mungkin Bermula Lebih Awal

Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17 dijadual berlangsung bila-bila masa seawal 10.30 pagi esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ia berdasarkan perjalanan raptai penuh istiadat penghormatan jenazah mangsa nahas MH17 yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta maklum balas mesyuarat yang diadakan berhubung istiadat itu.

Sehubungan itu, beliau memohon agar rakyat Malaysia peka dengan pengumuman waktu bertafakur itu.

“Saya mohon semua rakyat untuk mendengar radio, dengar maklumat terakhir melalui sistem siar raya kita. Jika semua berjalan tepat pada waktunya, waktu bertafakur akan bermula seawal 10.30 pagi esok,” katanya.

Bagaimanapun, ini bergantung kepada waktu ketibaan pesawat khas itu dari ibu negara Belanda, Amsterdam, katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, Khamis.

Semua rakyat diminta menghentikan segala aktiviti yang dilakukan untuk bertafakur selama seminit dengan membaca Al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing bagi bukan Islam.

Semalam, waktu bertafakur selama seminit itu dilaporkan berlangsung antara 10.45 pagi dan 11.15 pagi esok.

Sidang media bersama itu disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.


Dua puluh jenazah dijadual tiba di sini dan diberikan istiadat penghormatan tertinggi yang akan turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Shabery berkata pesawat khas MAS yang membawa 17 keranda dan tiga bekas abu itu dijangka berlepas dari Amsterdam pada pukul 3.15 petang (waktu Belanda) atau 9.15 malam (waktu Malaysia) Khamis, dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 9.45 pagi Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata dua lagi lokasi untuk diberi tumpuan oleh petugas media esok sempena waktu bertafakur ialah di Pasar Satok, Kuching, Sarawak; dan di hadapan Hotel Hyatt Kota Kinabalu, Sabah.

Ia merupakan tambahan kepada empat lokasi yang diumumkan sebelum ini iaitu di Jambatan Pulau Pinang; Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; KLIA dan KLIA2; serta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Baharu.

“Diminta semua rakyat sama ada di rumah, di pejabat atau dalam perjalanan, untuk menghentikan kenderaan dan tunjukkan simbolik kita bersatu dalam kehibaan,” katanya.

— BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori