• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Tentukan Punca Kematian Muhammad Adib

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perkara berkenaan dimaklumkan sendiri Peguam Negara Tommy Thomas kepadanya melalui perbincangan yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu pihak polis melalui rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.

“Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau selaku Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham.

“Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkamah supaya ditetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret berkenaan dalam menjalankan inkues itu,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba Subang Jaya cedera parah dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Muhyiddin berkata ​​​​​​dalam prosiding inkues ini, Majistret akan mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian.

Ini katanya, termasuk mempertimbangkan bagaimana Muhammad Adib menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan orang lain. – BERNAMA

Tags: inkuesMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ucapan Provokasi: Azwanddin Direman 4 Hari

Next Post

Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung

Related Posts

PM Lulus Peruntukan Segera RM50 Juta Untuk Banjir Johor

PDRM Mohon Inkues Kes Anggota Mati Dengan Tiga Kesan Tembakan

03/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota polis yang meninggal dunia dengan tiga kesan...

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Next Post

Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd