• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Mohon Inkues Kes Anggota Mati Dengan Tiga Kesan Tembakan

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Lulus Peruntukan Segera RM50 Juta Untuk Banjir Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota polis yang meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di Pulau Pinang, 19 Februari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk permohonan inkues.

Katanya, siasatan kes sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Polis Pulau Pinang sudah melengkapkan siasatan dan menerima laporan patologi serta hasil bedah siasat.

“Mereka sedang menyediakan dokumen sepatutnya untuk memohon inkues berhubung insiden itu bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 PDRM diBukit Aman di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya dimaklumkan anggota berkenaan pernah menghadapi masalah keluarga dan ketua polis daerah sudah memberi bantuan sewajarnya.

“Atas sebab dan perkara yang tidak dapat dielak, insiden ini berlaku. Kita pun tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian,” katanya.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) pengendalian senjata, beliau berkata SOP yang termaktub diguna pakai sekian lama dan dipatuhi sewajarnya.

Katanya, apa yang berlaku itu adalah perkara di luar kawalan.

“Bagaimanapun, ia tidak menghalang kita mencari jalan menambah baik SOP,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kesihatan mental anggota polis secara keseluruhan, beliau berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mempunyai Unit Kaunseling yang memantau serta meneliti perkara itu.

Semalam, polis mengesahkan kejadian seorang anggotanya berpangkat sarjan yang mati dengan tiga kesan tembakan di Balai Polis Bayan Lepas di sini, 19 Februari lalu, diklasifikasikan sebagai SDR.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan mengenai kejadian sudah selesai dan tiada unsur jenayah dikesan.

BHonline-

Tags: anggota polisinkuesPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd