• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

oleh Mynewshub
17/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi pendidikan awam.

Senator DAP, RA Lingeshwaran berkata, ia walaupun kebebasan beragama dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk penyebaran ajaran Islam.

Kata beliau, penyebaran ajaran Islam institusi pendidikan awam boleh menimbulkan kebimbangan atau keresahan dalam kalangan pelajar bukan Islam serta keluarga mereka.

Beliau turut mengingatkan bahawa institusi pendidikan awam di Malaysia adalah milik semua rakyat tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang.

“Institusi ini tidak wajar sama sekali dimanipulasi atau dieksploitasi sebagai platform untuk menggalakkan penukaran agama, sama ada secara langsung atau melalui insentif, keistimewaan atau sebarang bentuk galakan yang boleh menimbulkan persepsi tidak sihat.

“Perbuatan sedemikian adalah satu bentuk penyalahgunaan proses institusi awam yang sepatutnya kekal neutral, inklusif dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Islam boleh disebar dan dikembangkan di mana-mana dalam negara ini termasuk di pusat pengajian tinggi.

“Agama kamu yang tak boleh disebarkan dalam kalangan orang Islam, hanya boleh diamalkan saja,” kata Mohd Khairuddin.

Lingeshwaran seterusnya berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang dibina atas asas masyarakat majmuk.

Justeru, katanya, sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kepercayaan antara komuniti serta keharmonian sosial tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin.

“Lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang individu yang dikaitkan dengan sebuah gabungan politik berbilang kaum seperti Barisan Nasional (BN),” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lingesh RA

 

Tags: AjaranberetikaberhemahInstitusi pendidikan awamislammasyarakat majmukPenyebaranPerlembagaanRA LingeshwaranSaluranSenator DAP
Share226Tweet142SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd