• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD: Jangan Buat Andaian Melampau – Mujahid

oleh
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Masyarakat dinasihat untuk tidak membuat andaian melampau berhubung hasrat Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang boleh menimbulkan berbagai persepsi negatif dalam hubungan antara kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan juga tidak tergesa-gesa berhubung rundingan berkenaan dan akan meneliti terlebih dahulu perkara tersebut dengan lebih terperinci.

“Apa yang ingin saya nasihatkan dalam hal ini, kita perlu menerima nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perkara ini perlu dibincang dahulu, tidak boleh tergesa-gesa dan kita pun tidak melihat perkara ini perlu dibuat tergesa-gesa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kafa Interaktif peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Mujahid turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keghairahan pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan isu tersebut (ICERD) satu fakta yang tidak betul antara lainnya jika ditandatangani hak orang Melayu akan terhapus.

“Selain hak orang Melayu, hak raja-raja juga dikatakan akan terhapus, Islam dan sebagainya sedangkan benda itu tidak timbul. Segala apa yang kita buat perjanjian di peringkat antarabangsa sekalipun akan berakhir keputusan itu di peringkat penggubalan undang-undang iaitu di Parlimen dan tidak semestinya mereka setuju,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perjanjian ICERD tidak akan mengubah entiti negara sama ada dari sudut perlembagaan, kebudayaan dan sebagainya.

Mujahid berkata pihaknya akan mengadakan rundingan meja bulat esok bersama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mendapatkan input dan maklum balas mengenai perkara tersebut.

“Dari situ (rundingan meja bulat) ia mungkin dapat membantu perdana menteri mendapatkan maklumat lengkap termasuklah memorandum yang telah dikemukakan oleh Gerakan Pembela Ummah yang baru-baru ini datang ke Parlimen dan ia akan turut dijadikan input,” katanya.

Pada Rabu lepas, perdana menteri dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.

Dalam perkembangan lain, Mujahid mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Mujahid berkata beliau telah mengambil langkah dengan mendapatkan maklumat terlebih dahulu berhubung perkara itu daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam dan ternyata kegiatan itu benar.

“Daripada maklumat yang kami dapat, ia memang berlaku perkara tersebut, cuma isunya ialah masih lagi kita melihat, sama ada kesalahan mengedarkannya itu kepada orang Islam. Ini kerana Artikel 11 (4) jelas menyebut agama lain bebas mengamalkan tetapi tidak boleh didakwahkan dan dipromosikan.

“Saya ingin memberi nasihat jangan menimbulkan apa-apa masalah kerana kita kena hormat Perlembagaan Persekutuan yang ada,” katanya.

Katanya pihak yang berbuat demikian bukannya dari pihak Kristian atau gereja di situ tetapi dipercayai dari wakil NGO dan beliau turut meminta NGO terbabit agar tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada masyarakat.

Mujahid berkata pihaknya mahu isu tersebut diselesaikan dan tidak mahu sebarang unsur kebencian timbul di sebalik perlakuan aktiviti tersebut. – BERNAMA

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guna Dokumen MA63 Pertahankan Hak Sarawak

Next Post

SKMM Sambut Baik NFCP Dalam Belanjawan 2019

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

Next Post

SKMM Sambut Baik NFCP Dalam Belanjawan 2019

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd