• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Baik Mudahkan Malaysia Terima Bantuan Pelbagai Negara

oleh
22/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keakraban hubungan luar Malaysia dengan banyak negara memudahkan negara ini menerima bantuan dalam usaha memerangi COVID-19 yang semakin membimbangkan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya dalam situasi sekarang Malaysia bukan sahaja tidak berkira-kira membantu negara lain tetapi juga bersikap terbuka untuk menerima bantuan daripada mana-mana pihak yang ikhlas membantu.

“Wisma Putra misalnya, sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan China. Keakraban inilah yang membuatkan China tanpa ragu menghulurkan bantuan peralatan perubatan (seperti) topeng hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman, kit ujian COVID-19 dan peralatan perlindungan untuk kegunaan barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Malaysia juga sentiasa bekerjasama rapat dengan negara jiran seperti Indonesia bagi berkongsi maklumat serta membantu mengenal pasti rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan tabligh di republik itu baru-baru ini. 

Katanya, Malaysia juga berganding bahu dengan Singapura demi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu yang sebahagiannya terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain sentiasa berhubung dengan rakan negara di Timur Tengah bagi mendapatkan pertolongan memerangi COVID-19.

“Saya secara peribadi, tidak sangka Malaysia akan mendapat bantuan yang sebegini banyak daripada pelbagai negara. Saya percaya, ia bukanlah disebabkan saya Menteri Luar Negeri.

“Tetapi kerana pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar sana terhadap Malaysia serta menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa,” katanya.

Hishammuddin turut mengingatkan masyarakat supaya berdisiplin dan bersatu dalam mematuhi PKP yang bertujuan mengurangkan pergerakan sekali gus  mengekang penularan virus itu. 

“Tiada gunanya Malaysia menerima pelbagai bantuan, tetapi pada masa yang sama, sebahagian rakyat tidak patuh perintah kerajaannya sendiri,” katanya. 

Tambahnya, Wisma Putra juga sedang bertungkus lumus mencari penyelesaian untuk membawa rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara, walaupun mengetahui terdapat segelintir pihak tidak bersetuju kerana bimbang meningkatkan risiko COVID-19.

“Negara ini milik mereka juga. Jadi mereka ada hak untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa. Pun begitu, saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang, apabila tiba di Malaysia, patuhilah PKP,” katanya. 

Tags: Covid-19Hishammuddin Tun HusseinHubungan Diplomatik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat

Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menghoskan majlis makan tengah hari tadi bagi meraikan lawatan kerja Menteri...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd