• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menghoskan majlis makan tengah hari tadi bagi meraikan lawatan kerja Menteri Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Republik Namibia, Selma Ashipala-Musavyi, ke Malaysia.

Mohamad berkata, lawatan itu merupakan lawatan sulung Selma ke Malaysia sejak menyandang jawatan Menteri Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Republik Namibia pada Mac 2025.

“Kami telah menilai kemajuan kerjasama dua hala Malaysia-Namibia dengan memberi penekanan kepada pengukuhan kolaborasi dalam bidang-bidang utama seperti kerjasama tenaga, perdagangan dan ekonomi, pendidikan, kesihatan, serta pembangunan kapasiti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Mohamad berkata, kedua-duanya mereka turut bertukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa berkepentingan bersama termasuk perkembangan terkini di Timur Tengah.

“Untuk rekod, Malaysia dan Republik Namibia telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak tahun 1990, dan hubungan ini kekal mesra serta terus diperkukuh melalui kerjasama di peringkat dua hala dan pelbagai,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanHubungan DiplomatikMalaysiaMenteri LuarNamibia
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd