• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hari Baharu, Kehidupan Baharu”

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Perjalanan ke lapangan terbang adalah metafora. Saya menjemputnya dalam kegelapan. Dia kemudian beredar untuk pemeriksaan kastam ketika matahari mula terbit. Hari baharu. Kehidupan baharu.”

Itu kata Wong Siew Hong, peguam yang mewakili Beh Chew Boo, 38, rakyat Malaysia yang terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada kesemua lima pertuduhan membawa dadah ke Singapura dan kembali ke Malaysia sebagai lelaki yang bebas.

“Saya rasa sempurna, saya telah melakukan tugas saya sebagai seorang peguam, lelaki dan sahabat,” kata Wong yang berasal dari Singapura kepada Bernama di Lapangan Terbang Changi awal hari ini.

Beh berlepas ke Pulau Pinang tidak lama kemudian.

“Ia merupakan perjalanan yang boleh saya kongsikan bersamanya. Daripada waktu susah dan senang,” kata peguam berusia 60 tahun itu.

“Banyak yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini dan saya bersyukur, tuhan memilih saya sebagai individu yang menyelamatkan Beh daripada kematian,” kata rakan kongsi di Eldan Law LLP itu.

Beh yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu, terselamat daripada hukuman gantung pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.

Pada 2 Mac lalu, panel hakim yang sama – Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong – turut mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap Beh.

Panel hakim membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh.

Selepas Beh bebas daripada tahanan, lelaki itu berada di bawah jagaan Wong.

Pada 10 hari lalu, beliau menyediakan penginapan sementara buat Beh di sebuah hotel, serta pakaian dan perbelanjaannya sehingga urusan kepulangannya ke tanah air selesai.

Di pintu pelepasan di lapangan terbang, Beh dilihat menunduk kepada Wong yang telah membuktikan bahawa anak guamnya itu tidak bersalah dalam perjuangan di mahkamah yang berlangsung selama 52 bulan, sambil Wong turut membalasnya dengan lambaian di sebalik pintu kaca.

Beh turut menghantar klip audio 10 saat kepada penulis sebaik duduk di dalam pesawat, dan mesej: “Kak Mas, jaga diri sendiri. Jumpa lagi ya, kakak Mas.” – BERNAMA

Tags: Hukuman Gantungrakyat MalaysiaSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

223,923 Sudah Disuntik Vaksin Covid-19

Next Post

PDRM Longgar Syarat Kemasukan Bukan Bumiputera

Related Posts

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Next Post

PDRM Longgar Syarat Kemasukan Bukan Bumiputera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd