Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu Tarikh Mula...

Pasti ramai yang sudah sedia maklum sesi persekolahan untuk 2015 ditangguh seminggu akibat...

Mangsa Banjir Dipindahkan Turun...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PP) di...

IKRAM Enggan Terlibat Percaturan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menafikan badan bukan kerajaan (NGO) itu...

Cubaan Culik Pemimpin Negara:...

KUALA KUBU BHARU - Cubaan kumpulan militan DAESH untuk menculik beberapa pemimpin negara...

Hajiji Mulakan Tugas Sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini pagi ini.

Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.

Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan. 

Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah. 

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini. – BERNAMA

Kategori