• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum RM1,200 Individu Lembah Klang Masih Rendah

oleh
28/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gaji minimum RM1,200 sebulan bagi individu dewasa yang tinggal di Lembah Klang masih di bawah anggaran gaji kehidupan wajar, menurut seorang ahli ekonomi.

Profesor ekonomi Sunway University Business School, Dr. Yeah Kim Leng, berkata dengan gaji minimum terbabit, kemungkinan individu berkenaan perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk hidup di kawasan itu, sama ada melakukan dua pekerjaan, atau perniagaan sampingan.

“Menurut kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai pendapatan isi rumah pada 2016, median pendapatan bulanan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur adalah RM5,344.

“Terdapat dua peratus atau 55,600 isi rumah di Kuala Lumpur daripada sejumlah 2.8 juta isi rumah kumpulan B40 di negara ini. Tanpa pecahan lanjut mengenai profil pendapatan kumpulan B40, sukar untuk menentukan kadar kemiskinan mutlak dan relatif di ibu negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, seperti yang dilaporkan dalam kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasangan tanpa anak (RM4,500 sebulan) dan pasangan dengan dua anak (RM6,500 sebulan).

“Bagi isi rumah B40 yang mempunyai median pendapatan bulanan sebanyak RM5,344 (pada 2016) di Kuala Lumpur, adalah mencabar bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada gaji kehidupan wajar untuk membeli rumah, kereta dan barangan lain,” katanya.

Gaji kehidupan wajar atau living wage ditakrifkan sebagai pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan, perumahan dan keperluan penting lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lepas, berkata kerajaan mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama berkuat kuasa tahun hadapan.

Selain di Kuala Lumpur, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar besar turut berlaku di negeri-negeri dan yang paling ketara adalah di Selangor, dengan penduduknya berhadapan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding negeri lain, walaupun secara purata pendapatan mereka lebih tinggi.

Penganalisis ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata walaupun pendapatan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri lain, penduduk di Selangor berhadapan dengan komitmen hutang rumah dan harga barangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata. secara purata isi rumah di Selangor membelanjakan 26 peratus pendapatan untuk perumahan, air, elektrik dan gas, manakala 14.8 peratus pula untuk makanan dan minuman bukan alkohol.

“Perbelanjaan ketiga tertinggi adalah untuk restoran dan hotel (14.6 peratus) dan keempat tertinggi merupakan pengangkutan (13.7 peratus). Kerajaan harus memantau isu isi rumah ini terutamanya dalam kategori B40 supaya mereka tidak tercicir dalam menikmati arus pembangunan di Selangor.

“Pada 2018, Selangor merupakan satu dari enam negeri yang menyumbang 72.1 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nasional dan pertumbuhan KDNK Selangor sendiri adalah 6.8 peratus, iaitu melebihi paras nasional.

“Disebabkan itu, rakyat Selangor memperolehi purata pendapatan yang lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Ahmed Razman berkata. purata pendapatan kasar isi rumah setiap bulan di negeri ini ialah RM4,307 bagi B40, RM8,790 (M40), manakala RM21,125 bagi pendapatan T20.

Tags: ahli ekonomiGaji MinimumLembah Klang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peluang Beli Syarikat Seperti Eagle High Sukar Diperoleh – Najib

Next Post

Agong Berkenan Terima Darjah Kebesaran Perlis

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

21/10/2024
1

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk...

Next Post

Agong Berkenan Terima Darjah Kebesaran Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd