• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Terima Darjah Kebesaran Perlis

oleh
28/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) di Istana Negara hari ini.

Pengurniaan darjah kebesaran itu adalah bersempena Ulang Tahun ke-76 Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 12 Oktober lepas.

Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Tuanku Syed Sirajuddin dalam istiadat persembahan kepada Al-Sultan Abdullah di sini.

Terdahulu keberangkatan tiba Tuanku Syed Sirajaddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid pada jam 11.45 pagi disambut Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selepas istiadat berkenaan, Seri Paduka berdua turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama-sama pasangan Diraja Perlis itu.

Pada 12 Oktober lepas, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengisytiharkan penganugerahan itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat negeri yang berlangsung di Istana Arau, Perlis.

Dalam istiadat itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Abu Bakar Katar mendahului senarai 19 penerima dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tags: Al-Sultan AbdullahDarjah Kebesaran PerlisTuanku Syed Sirajuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd