• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV: Panel Siasatan Siapkan Laporan Akhir Bulan Ini

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dijangka menerima laporan daripada panel siasatan dalaman ke atas empat anggota pengurusan kanan pada penghujung bulan ini, kata  Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menghantar seramai 76 jemaah haji yang diuruskan Felda Travel hari ini, beliau berkata lembaga pengarah FGV akan membuat keputusan berdasarkan penemuan dan laporan panel siasatan.

“Sama ada (empat orang yang disiasat) bersalah atau tidak, kita buat keputusan (selepas terima laporan panel siasatan). Lembaga pengarah akan fikir apa tindakan selanjutnya. Ini siasatan dalaman jadi ia adalah hak mutlak lembaga pengarah,” katanya lagi.

Tambah Sulaiman, pada masa ini tiga daripada empat bekas ahli lembaga pengarah sudah selesai disoal dan hanya berbaki seorang lagi. Siasatan ke atas setiap seorang bekas ahli lembaga pengarah mengambil masa seminggu.

“Proses siasatan ini masih berterusan dan setakat ini semua yang terlibat bekerjasama yang baik kepada ahli panel. Panel siasatan berkenaan yang dianggotai oleh tiga ahli adalah bebas kerana mereka tidak terlibat dalam keputusan untuk mengambil tindakan,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut empat orang yang disiasat ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, ketua pegawai kewangan kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha serta dua lagi pegawai pengurusan kanan.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia sebelum ini berkata, lembaga pengarah FGV memutuskan untuk merujuk Zakaria dan Ahmad Tifli kepada panel siasatan dalaman selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd. – BERNAMA

Tags: FGV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagu Motivasi Jadi Pembakar Semangat Buat Atlet KL2017

Next Post

Nike Bakal Taja Panel Iklan Kelab JDT

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

Next Post

Nike Bakal Taja Panel Iklan Kelab JDT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd