Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kurang Elemen ‘Box Office’,...

KUALA LUMPUR - Kurangnya elemen 'pecah panggung' dikatakan punca kepada kebanyakan filem tempatan...

Keperluan RUU Keharmonian Nasional...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji keperluan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang sedang...

Johor Kekurangan Doktor, Jururawat,...

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutamanya...

Cabaran Covid-19 Tak Halang...

MELAKA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak Covid-19, tidak menghalang...

Exco Johor Gabungan Baharu Angkat Sumpah Hari Ini

JOHOR BAHRU – Majlis angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Johor daripada kerajaan Gabungan Baharu, dijangka berlangsung pagi ini.

Majlis berkenaan diadakan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Setakat kini, kelihatan pengamal media yang menunggu di perkarangan pintu istana sejak 8 pagi ini, selain orang awam yang mengunjungi kawasan sekitar.

Pada 8.30 pagi, kenderaan rasmi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad kelihatan memasuki istana.

Dua puluh minit kemudian, Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana berkenaan.

Pada pukul 9.12 pagi, kenderaan yang membawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki perkarangan istana itu.


Pelantikan barisan Exco hari ini genap seminggu setelah Hasni mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18.

Pelantikan Hasni susulan terbentuknya kerajaan Gabungan Baharu setelah Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan pada 24 Februari lepas.

Kerajaan Gabungan Baharu terbentuk dengan majoriti mudah 28-26 selepas sesi temu bual bersama Sultan Johor Rabu lepas.

Hasni dijadual mengadakan sidang akhbar bersama barisan Exco negeri yang baharu selepas majlis angkat sumpah berkenaan.

Kategori