• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Penduduk Plaza City One Disaring, Nyah Cemar

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ribuan penghuni kediaman residensi Plaza City One, di Jalan Munshi Abdullah, di sini, akan diarah menjalani proses nyah cemar serta pembersihan seluruh badan petang ini.

Kawalan ketat dilakukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di persekitaran bangunan yang terletak bersebelahan dengan pusat beli belah Semua House ini, bermula lewat petang semalam.

Plaza City One menjadi lokasi ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Berdasarkan maklumat di lokasi, dianggarkan lebih 1,000 penghuni akan dibawa ke satu kawasan lapang di Jalan Masjid India sebelum menjalani proses nyah cemar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam.

Tinjauan di lokasi Jalan Munshi Abdullah ini juga mendapati pasukan keselamatan mengawasi bahagian hadapan, sisi dan belakang plaza bagi mengelak sebarang pergerakan masuk dan keluar premis itu.

Malah ada juga segelintir penduduk yang berdegil didapati cuba keluar dari premis itu namun dihalang polis.

Kakitangan Kementerian Kesihatan juga didapati berulang kali memberikan peringatan menggunakan pembesar suara kepada penduduk supaya tidak keluar dari unit kediaman.

Pada masa ini, proses menyelaras penduduk yang akan disaring sedang dilakukan selain pengaturan laluan penduduk ke kawasan lapang oleh pihak polis dan tentera. – BH Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanPlaza City One
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Konsep Baharu Untuk Bazar Ramadan Tahun Ini

Next Post

Denda RM10,000 Hina Polis, Penjara 3 Bulan

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Denda RM10,000 Hina Polis, Penjara 3 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd