• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM10,000 Hina Polis, Penjara 3 Bulan

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Aqharie Durranie Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, di sini, kira-kira jam 9 malam. – BH Online

Tags: hukuman dendaHukuman Penjaraperintah kawalan pergerakanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd