Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DUN Terengganu Dibubar Sebelum...

Kuala Terengganu : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dilakukan sebelum tempoh...

2 Pengedar Dadah Warga...

BINTULU - Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan...

“Peminat Adalah Tulang Belakang...

PENYANYI dari seberang sememangnya cukup gemar memilih Malaysia sebagai lokasi untuk menghiburkan para...

Vaksin Covid-19 Tiada Cip...

KUALA LUMPUR - Vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.Pelatih...

COVID-19: 2 Individu Lari Dari Hospital Tak Benar

PORT DICKSON – Berita dua individu yang dikatakan positif COVID-19 melarikan diri dari Hospital Port Dickson seperti yang tular di media sosial sejak semalam adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata sebaliknya kedua-dua individu itu yang berusia 40 dan 44 tahun datang ke hospital berkenaan bagi menjalani ujian saringan mengikut prosedur hospital kerana dikatakan mempunyai simptom COVID-19.

Bagaimanapun, katanya individu berumur 40 tahun itu meninggalkan hospital tanpa menjalani ujian saringan tetapi kembali semula untuk mendapatkan rawatan atau ujian saringan sementara seorang lagi belum kembali semula ke hospital dan dalam usaha mengesannya.

“Kenyataan yang tular mengatakan kedua-dua orang awam ini positif COVID-19 tidak benar kerana pihak hospital belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan hasil keputusan saringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, semakan lanjut masih dijalankan sama ada kedua-duanya hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur ataupun tidak, berikutan banyak jangkitan direkodkan susulan perhimpunan itu.


“Pihak polis menasihatkan mana-mana individu supaya tidak menularkan sebarang kenyataan atau laporan yang tidak benar dalam media sosial kerana ia boleh mendatangkan rasa panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Katanya, menularkan berita itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kategori