• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Sultan Ibrahim Titah Rakyat Johor Bertenang

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah supaya semua rakyat negeri ini bertenang dan tidak cemas susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Menerusi laman rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim turut menasihati seluruh rakyat agar berganding bahu mengawal penularan penyakit itu dengan mematuhi arahan dan saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua yang bergejala COVID-19 harus segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan, di samping mengelakkan diri daripada menghadiri tempat sesak dan berisiko seperti hospital dan acara berskala besar.

“Sempena cuti sekolah ini, saya berharap luangkan lebih masa di rumah serta mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan jika batuk, amalkan etika yang betul,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan sepenuh kepercayaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ) serta semua pihak yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab dan usaha pencegahan, pengesanan serta rawatan, selain berkorban masa dan tenaga serta bersikap profesional dalam menangani situasi COVID-19.

Selain itu, Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih dan merujuk sumber utama, iaitu KKM atau JKNJ sahaja.

Baginda bertitah, tindakan menyebarkan berita tidak sahih hanya akan menimbulkan situasi panik dan menyukarkan petugas kesihatan menjalankan tugas.

“Di sini, saya juga mengambil kesempatan berharap semua yang menghadiri Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling, baru-baru ini, supaya hadir ke klinik kesihatan terdekat sekiranya terdapat gejala demam, batuk serta selesema.

“Jangan mengambil ringan isu ini kerana anda berisiko menularkan penyakit kepada keluarga dan orang ramai.

“Saya sentiasa berdoa agar situasi COVID-19 ini akan berakhir dengan segera. Insya-Allah,” titah baginda. 

Tags: Covid-19rakyat johorSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd