Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adakan PRU Selepas COVID-19...

KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya...

PABM 2016: Peserta China,...

PERINGKAT separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 pada...

Lebuhraya Bayan Lepas Dibuka...

GEORGE TOWN - Laluan bertingkat Lebuhraya Bayan Lepas (BLE) dibuka kepada pengguna hari...

3 Kes Import Baharu...

TERDAPAT lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

Bulan Tingkat Ketakwaan

ALHAMDULILLAH, bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia iaitu Ramadan al-Mubarak kini sudah tiba. Bulan Ramadan adalah salah satu bulan Islam yang penting kerana ia bulan penuh dengan rahmat, keberkatan, kemuliaan serta membawa ganjaran pahala yang besar buat umat Islam yang memenuhi bulan terbabit dengan amal ibadah serta mengisinya dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Kedatangan bulan mulia ini sudah pasti dinanti-nantikan kerana Ramadan al-Mubarak menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT. Ini jelas diterangkan oleh Allah SWT melalui Surah Al-Baqarah: Ayat 183 bermaksud: “Wahai orang- orang yang beriman, telah difardukan (diwajibkan) ke atas kamu puasa seperti mana telah difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa.”

Namun agak sedih melihat gelagat segelintir umat Islam yang beranggapan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak ini adalah untuk menahan diri mereka daripada makan dan minum dari terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari sahaja. Segelintir umat Islam ini tidak tahu bahawa kedatangan Ramadan al-Mubarak bukan sekadar untuk tidak makan atau minum malah tujuan kedatangan bulan yang mulia adalah lebih daripada itu.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Kalau kita lihat ayat al-Quran seperti yang telah dinyatakan diatas walaupun ayat berkenaan menyebut puasa secara umum, tetapi para ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah puasa Ramadan secara khas. Matlamat di sebalik puasa Ramadan telah disebut dalam ayat al-Quran itu iaitu semoga kamu bertakwa, sekaligus menunjukkan bahawa matlamat utama kita beribadah dalam bulan Ramadan al-Mubarak ini bukan sekadar untuk menahan diri kita daripada lapar dan dahaga sahaja.

Selain daripada berpuasa di siang hari dengan menahan diri daripada makan dan minum, umat Islam juga harus melatih diri mereka daripada melakukan apa-apa perkara atau perbuatan yang boleh merosakkan pahala serta amalan puasa mereka seperti perkara yang boleh membawa kepada dosa, rafats, dan lagha.

Dosa ialah melakukan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh Allah seperti berjudi, mencuri, meninggalkan sembahyang dengan sengaja, fitnah menfitnah, mengumpat dan lain-lain perkara yang menjerumus kepada kemungkaran dan kerosakan diri sendiri serta orang sekeliling. Rafats adalah perbuatan atau perkataan yang mengundang syahwat seperti khalwat, zina serta apa-apa perkataan yang tidak senonoh atau tidak sedap didengar. Lagha pula adalah perbuatan yang tidak membawa faedah dan manfaat kepada diri pelaku.


Oleh yang demikian, adalah penting umat Islam mengambil serius terhadap perkara ini serta memastikan mereka tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjadikan ibadah mereka pada Ramadan al-Mubarak ini sia-sia sahaja serta tidak membawa sebarang makna. Umat Islam harus mengambil peluang keemasan diatas kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak ini untuk berhijrah dengan meninggalkan segala perbuatan buruk yang dilakukan sebelum ini.

Pada tahun ini juga, umat Islam dalam negara kita serta yang berada di serata dunia menyambut Ramadan yang mulia dalam rumah masing-masing akibat penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Dr Muzaffar Syah Mallow

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Kategori