Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Mat Sabu Diarah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan,...

Rihanna Kembali Bercinta Dengan...

PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan...

Lelaki Tumbuk Jaga Pasar...

JOHOR BAHRU - Kerana cuba memberitahu seorang pemandu ada kucing di belakang keretanya,...

PKR Pertahan Hannah Yeoh...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas media yang menyiarkan kenyataan...

“Ayah Pesan Jangan Lemah” – Anak Allahyarham Wan Amizan

MARAN – “Ayah pesan jangan lemah atau rebah jika apa-apa berlaku ke atasnya,” kata Wan Nor Aima Saffiqah, anak sulung bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, yang meninggal dunia di Sri Lanka, Ahad lepas.

Beliau berkata pesanan itu disampaikan sebelum arwah berlepas ke negara itu pada Selasa lepas, bersama-sama tiga pembantunya bagi menjalani rawatan berhubung penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Wan Nor Aima Saffiqah, 23, berkata beliau dan ibunya Datin Seri Ilyana Haron, 42, tidak menemani arwah kerana sedang menunggu kelulusan visa dan akan menyusul kemudian.

“Bagaimanapun, pada 2 pagi Ahad, seorang pekerja ayah memaklumkan keadaannya tidak stabil selepas jantungnya tiba-tiba berhenti selepas selesai urusan mengambil sampel.

“Semasa kami sampai di hospital, ayah sudah menggunakan sistem sokongan hayat,” katanya semasa ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian Allahyarham Wan Amizan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 12 di sini, hari ini.

Wan Amizan, 46, meninggal dunia di Hospital Colombo, Sri Lanka pada 6.30 petang (waktu Malaysia) Ahad lepas dan jenazahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi tadi, sebelum dibawa ke sini bagi urusan pengebumian.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak berusia antara dua dan 23 tahun.

Beliau merupakan ADUN Tahan selama dua penggal bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum kalah kepada calon PAS Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah menyifatkan beliau kehilangan seorang adik kerana mereka sangat aktif dalam UMNO Bahagian Jerantut.

Nazri yang juga ADUN Pulau Tawar merupakan Ketua UMNO Bahagian Jerantut manakala Allahyarham ialah timbalannya dan mereka mula berkawan sejak dibangku sekolah sebelum sama-sama aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

“Kali terakhir kami berhubung Jumaat lalu, dan beliau minta saya uruskan perwakilan Jerantut ke Persidangan Agung UMNO kerana beliau tidak sempat…kata arwah, dia akan balik pada Ahad.

“Berita pemergian arwah diterima semasa saya sedang mendengar ucapan penggulungan presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). Saya terkedu dan terus teringat kata-katanya hendak balik pada Ahad,” katanya.

Nazri menyifatkan sikap arwah yang suka memudahkan urusan orang lain ‘terbalas’ apabila segala proses membawa pulang jenazah berjalan lancar dengan bantuan pihak Istana Pahang, kerajaan negeri dan juga kedutaan kedua-dua negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

Kategori