• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Gempa & Tsunami Sulawesi Naik Kepada 1,234 Mangsa

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Angka korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini meningkat kepada 1,234 mangsa setakat 1 tengah hari ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat berikutan masih banyak kawasan yang belum dapat dimasuki pasukan mencari dan menyelamat.

“Lebih 6,000 anggota pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota tentera, polis dan agensi berkaitan menghadapi pelbagai kekangan untuk memasuki kawasan yang teruk terkesan gempa dan tsunami itu,” katanya.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 pada Skala Richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala yang turut mengakibatkan tsunami pada Jumaat lepas, serta turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.

Kawasan perkampungan di wilayah Tondo, Parimo, Punglere dan Petobo yang ramai penduduk dilaporkan ‘lenyap’, ditenggelami lumpur dan musnah teruk akibat gempa dan tsunami.

Pihak berkuasa Indonesia khuatir ramai penduduk di kawasan itu hilang dihanyutkan tsunami atau tertimbus dalam lumpur, runtuhan rumah dan bangunan.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata berdasarkan perangkaan setakat 1 tengah hari ini, lebih 1,700 rumah dan bangunan musnah dan beratus penduduk cedera.

“Jumlah itu pasti meningkat, pihak BNPB masih menjalankan pendataan.

“Pihak berkuasa kini juga mendirikan Rumah Sakit Sementara (khemah untuk rawatan dan perubatan) di kawasan-kawasan lapang bagi tujuan rawatan perubatan,” kata Sutopo.

Lebih 30,000 penduduk yang terkesan akibat gempa bumi dan tsunami itu amat memerlukan bantuan air bersih, makanan, selimut dan ubat-ubatan, katanya. – BERNAMA

Tags: gempa bumikorban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd