• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua ADUN Dilantik, Seorang Digugurkan Barisan Exco Baharu Perlis

oleh AK-47
16/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua ADUN Dilantik, Seorang Digugurkan Barisan Exco Baharu Perlis
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), manakala seorang EXCO sedia ada digugurkan bagi penggal baharu yang berkuat kuasa 25 November ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

ADUN Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil dilantik memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan menggantikan ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail yang digugurkan.

ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak pula dilantik memegang portfolio Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu dan Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif.

Asrul Aimran dan Wan Zikri Afthar mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini pada Khamis.

Turut berangkat pada istiadat angkat sumpah itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan hadir sama Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Sementara itu, lima Exco sedia ada turut mengangkat sumpah jawatan Exco hari ini di hadapan Raja Perlis selepas dilantik semula memegang jawatan berkenaan bagi penggal baharu, namun terdapat perubahan bagi portfolio masing-masing.

Exco terlibat ialah ADUN Santan, Muhammad Azmir Azizan yang bertanggungjawab terhadap portfolio Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan; manakala Izizam Ibrahim (ADUN Titi Tinggi) memegang portfolio Aduan Awam, Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Hubungan dan Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu.

Selain itu, Megat Hashirat Hassan (ADUN Pauh) dilantik ke portfolio Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan; Wan Badariah Wan Saad (ADUN Mata Ayer) memegang portfolio Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Razali Saad (ADUN Simpang Empat) ke portfolio Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup dan Kemajuan Desa dan Luar Bandar.

-Sinar Harian

Tags: adunBarisan ExcoPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd