• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Nafi Dakwaan Yusoff Rawther, Buat Laporan Polis

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang individu yang kononnya diperlakukan secara tidak senonoh oleh Presiden PKR itu pada 2 Oktober tahun lalu.

Menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas, Anwar menyatakan sudah menerima laporan individu bernama Muhammed Yusoff Rawther melalui media massa dan media sosial.

“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

“Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad, akan membuat laporan polis berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther.

“Keluarga Muhammed Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, turut menyifatkan tindakan itu sebagai muslihat menjatuhkan imejnya menjelang Kongres Nasional PKR ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.

Difahamkan, Shukri akan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, tengah hari ini. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawther
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KL Catat Golongan Miskin Paling Ramai

Next Post

Jenazah Nassier Wahab Selamat Dikebumikan

Related Posts

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

14/07/2025
0

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Perkara itu antara dibincangkan dalam...

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Next Post

Jenazah Nassier Wahab Selamat Dikebumikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd