• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL Catat Golongan Miskin Paling Ramai

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bandar raya ini mempunyai golongan miskin paling ramai dengan jumlah miskin tegar sebanyak 1,185 dan 2,932 buah keluarga miskin.

Ia diikuti Labuan yang mempunyai 165 orang miskin tegar dan 613 buah keluarga miskin manakala Putrajaya mempunyai tiga buah keluarga miskin.

Statistik tersebut adalah daripada Pengkalan Data Kemiskinan Negara e-Kasih bertarikh 30 Oktober 2019, menurut Yayasan Wilayah Persekutuan.

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz pula mendapati bilangan golongan miskin bandar dan gelandangan menunjukkan peningkatan mendadak.

Pembandaran dan pertumbuhan pesat di beberapa bandar utama juga mewujudkan pelbagai masalah termasuk kos sara hidup tinggi, masalah sosial, pengangguran dan kemiskinan.

Selaras dengan visi kemakmuran bersama, perhatian lebih perlu ditumpukan kepada isu-isu berkaitan miskin bandar, katanya dalam satu kenyataan sempena Seminar Pembasmian Kemiskinan Bandar di Putrajaya.

Persidangan ini dianjurkan bertujuan mengatasi masalah ini melalui pendekatan baru yang merangkumi program-program yang telah dilaksanakan serta menakrif semula istilah miskin.

Berdasarkan perkongsian pengalaman agensi-agensi kerajaan, ahli akademik, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan serta projek-projek rintis bagi meningkatkan tahap pendapatan, satu pelan induk yang lebih menyeluruh dan bersepadu untuk menangani miskin bandar akan dirangka.

“Pada masa yang sama, istilah kemiskinan juga perlu dikaji dan ditakrif semula.

“Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan tujuh ahli keluarga akan menghadapi kesukaran menampung keperluan hidup dengan RM4,000 yang dilihat sebagai jumlah yang besar.

“Oleh itu, isu kemiskinan bandar perlu ditangani dari perspektif bukan sekadar memberikan bantuan kepada mereka tetapi turut mendidik mereka supaya berdikari,” kata yayasan itu.

Seminar hari ini adalah yang pertama dalam siri-siri akan datang dan setiap seminar akan mengupas dan mengkaji langkah yang diperlukan untuk mengatasi isu miskin bandar termasuk model-model dari luar negara.

Komponen paling utama untuk membantu golongan miskin adalah dengan mengajar mereka kemahiran baru dan memberi mereka peluang mengamalkan apa yang dipelajari.

Di samping itu, apa yang diperlukan ialah membantu golongan miskin membina jati diri dan keyakinan supaya mereka dapat keluar dari kancah kemiskinan.

Tags: golongan miskinkuala lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd