• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Krakatau Kian Besar, Ratusan Kali Meletus Sehari

oleh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANCAM… Di sebalik tragedi gempa dan tsunami di Sulawesi baru-baru ini, Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda kembali dapat sorotan setelah terus menerus mengeluarkan cecair lahar.

Menurut laporan agensi berita rasmi Indonesia, ANTARA, gunung berapi itu mula merekodkan aktiviti gegaran letusan lava sebanyak 156 kali sepanjang Selasa sehingga Rabu lalu dengan ketinggian cecah hampir 500 meter.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Ir. Kasbani mengesahkan bahawa Anak Krakatau setiap hari memang meletus dan terus mengeluarkan lahar pijar sekitar jarak lingkungan dua kilometer dari kawah.

“Jadi kalau keliling sekitar Gunung Anak Krakatau dengan pesawat untuk lihat lava, jarak selamat dua kilometer, itu masih tiada apa-apa. Jangan pula mendarat, itu saja,” kata beliau ketika dihubungi portal Kompas.com semalam.

Untuk rekod, pada 18 Ogos lalu, gunung berapi yang muncul pada 1927 itu, bagi menggantikan induknya, Krakatau yang hancur selepas meletup pada 1883; pernah mencatatkan 576 kali letusan kuat dalam tempoh sehari sahaja.

Jumlah letusan yang dipantau PVMBG semalam sebenarnya sudah jauh berkurangan kerana rekod paling banyak ialah pada 30 Jun lalu dengan 745 kali dalam masa 24 jam tetapi tidak ganggu laluan penerbangan dan perkapalan.

Kasbani namun memberi peringatan agar penduduk sentiasa berwaspada tetapi tidak perlu takut secara berlebihan. Beliau turut menafikan khabar angin yang tular kononnya akan berlaku tsunami di perairan dekat Anak Krakatau.

Uniknya, Kasbani menjelaskan bahawa gegaran gunung berapi muda itu merupakan fasa pertumbuhan untuk lebih besar. Ketika ini ketinggiannya ialah 805 meter dari paras laut berbanding Krakatau sebelum itu ialah 813 meter.

“Sama seperti manusia muda, ia (Anak Krakatau) juga harus aktif dan banyak bergerak. Ia meletus supaya boleh tumbuh kerana gunung berapi cara tumbesarannya dengan letusan,” kata pakar vulkanologi tempatan, Surono.

Justeru beliau sarankan pihak berkuasa untuk promosi aktiviti letusan Anak Krakatau sebagai tarikan pelancong datang ke Lampung dan Banten yang terletak dekat gunung berapi itu serta berada antara Sumatera dan Jawa.

“Tapi jaraknya enggak (jangan) terlalu dekat ya, misal boleh lihat di pulau bersebelahannya. Saya rasa ini adalah sesuatu yang unik dan mungkin tidak ada di mana-mana pun, bahkan tiada di luar negeri sekalipun,” jelas Surono.

Sebagai zon lingkaran api Pasifik, Indonesia memiliki 150 buah gunung berapi iaitu terbanyak di dunia dengan letusan Toba sekitar 74,000 tahun lalu berkekuatan 8 pada skala Richter memusnahkan manusia di Nusantara.

Namun letusan Krakatau dengan magnitud 6 pada skala Richter, ketika era penjajahan Belanda abad ke-19, paling diingati dalam sejarah kerana berlaku tsunami setinggi 42 meter dan bunuh hampir 37,000 orang. – Mynewshub.TV

Tags: gunung berapiKrakatau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Sulawesi: 152,000 Mangsa Masih Tertimbus

Next Post

Mahkamah Beri Pelantikan Broker, Penilai Jual Equanimity

Related Posts

Gunung Berapi Filipina Meletus Lagi

12/06/2022
0

MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat selamat susulan gunung berapi setinggi 600 kilometer...

Gunung Berapi Meletus Di Filipina, Penduduk Diarah Berpindah

05/06/2022
0

MANILA – Sebuah gunung berapi meletus di timur Filipina, yang membebaskan awan gelap sekali gus memaksa pihak berkuasa melaksanakan kerja-kerja...

Next Post

Mahkamah Beri Pelantikan Broker, Penilai Jual Equanimity

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd