Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Harry Styles Betulkan Kesalahan...

MUNGKIN ini merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian penyanyi serta idola untuk...

7,000 Graduan ILKKM Dilantik...

IPOH – Sejumlah 7,000 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) akan dilantik...

Kerajaan Peruntuk RM20 Juta...

CYBERJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan Bandar Usahawan Strategi Lautan Biro...

Tiba Masanya ‘Frontliners’ Berehat,...

PUTRAJAYA - Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan...

Gunung Berapi Filipina Meletus Lagi

MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat selamat susulan gunung berapi setinggi 600 kilometer di tenggara ibu negara Filipina memuntahkan debu, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, pukul 3.37 pagi tadi.

“Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera,” menurut institut itu.

5 Jun lalu, pihak berkuasa memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas gunung berapi itu mengeluarkan kepulan asap setinggi satu km.

Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih dalam kategori ‘berbahaya’.


Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri daripada ‘zon bahaya’ sepanjang empat km dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.

Gunung berapi Bulusan merupakan antara satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.

Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori