Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pokemon Go Dilarang Di...

BATU GAJAH - Permainan maya Pokemon Go dilarang daripada dimain di kawasan Kementerian...

Pengundi PD Disaran Semak...

PORT DICKSON - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyarankan agar pengundi di...

23 Mangsa Banjir Di...

IPOH - Seramai 23 mangsa banjir dari empat kampung di daerah Kerian masih...

Tanya Dulu Polis, Tentera...

SARAN... Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dapat pandangan terperinci daripada pihak berkuasa keselamatan sebelum...

Gunung Berapi Meletus Di Filipina, Penduduk Diarah Berpindah

MANILA – Sebuah gunung berapi meletus di timur Filipina, yang membebaskan awan gelap sekali gus memaksa pihak berkuasa melaksanakan kerja-kerja pemindahan penduduk ketika amaran letusan susulan dikeluarkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Letusan dari gunung berapi Bulusan di wilayah pedalaman Sorsogon berlangsung selama 17 minit, yang membebaskan kepulan asap berwarna kelabu sehingga sekurang-kurangnya satu kilometer (km), demikian menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran 1 pada sistem lima peringkat yang bermaksud ‘peringkat rendah’.

“Terdapat letusan freatik pada gunung berapi Bulusan, yang bermaksud letusan disebabkan oleh air mendidih di bawah kawah,” kata ketua institut tersebut, Renato Solidum kepada radio tempatan, DZBB.

Tambahnya, debu daripada letusan itu turut menjejaskan dua buah pekan di Sorsogon, kira-kira 500 km di selatan Manila, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Di bandar Juban, dua buah kampung mengalami keadaan ‘keterlihatan sifar’ disebabkan oleh debu tebal. Jentera bomba telah dikejarkan ke kawasan itu.


“Proses pemindahan penduduk juga sedang berlaku dan keutamaan kami adalah warga emas serta pesakit asma,” kata seorang petugas pejabat bencana, Dennis Despabiladeras.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mendekati kawasan dalam radius 4 km dengan gunung berapi tersebut.

Penduduk berhampiran lembah dan sungai turut diarah berjaga-jaga terhadap aliran lumpur dan air sungai yang deras sekiranya berlakunya hujan lebat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa lapangan terbang Manila berkata, tiada sebarang penerbangan yang terjejas dengan letusan gunung berapi tersebut buat masa ini, namun juruterbang telah diingatkan agar tidak menghampiri kawasan kejadian.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori