• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Kepada Penjual Telekung SK Palsu

oleh AK-47
09/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUAL ‘harga runtuh’ serendah 50 peratus hingga 60 peratus berbanding produk tulen. Itu antara taktik sindiket aktif jual telekung jenama Siti Khadijah (SK) tiruan dengan harga serendah RM30 sepasang.

Malah sindiket yang aktif menyeludup masuk telekung palsu dari Vietnam itu dikesan aktif memasarkan telekung itu melalui Facebook (FB).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd. (SKHSB), Sahar Sahad berkata, aktiviti pemalsuan telekung SK berlaku sejak dua tahun lalu, namun semakin berleluasa sejak tahun ini.

Menurutnya, telekung SK dijual pada harga RM138 sepasang namun, sindiket menjual SK palsu di pasaran pada harga semurah RM30.

“Pada peringkat awal, pihak kami tidak begitu mengambil kisah produk SK tiruan menggunakan logo dan hak cipta produk kami. Tetapi lama-kelamaan tindakan ini menjejaskan jenama dan reputasi produk SK.

“Susulan itu, aduan sudah dibuat kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum rampasan dilakukan di tiga premis di Johor, Selangor dan Terengganu,” katanya.

Menurutnya, sindiket tidak hanya cuba meniru reka bentuk telekung SK sedia ada, malah turut memalsukan hologram pada produk SK tulen.

“Terdapat beberapa perbezaan ketara pada telekung SK tiruan terutama jahitan kurang kemas, lipatan produk di dalam bungkusan yang tidak menunjukkan bahagian kepala selain jenis fabrik yang panas.

“Produk telekung SK tulen menggunakan bahan `rahsia’ bagi memastikan rambut si pemakai tidak terkeluar, getah khas, rekabentuk berbeza dan kain kapas lembut,” katanya.

Sahar pada sidang akhbar khas semalam berkata, telekung SK adalah produk buatan tempatan sepenuhnya dan syarikat SK tidak mempunyai kilang di Vietnam atau melantik ejen untuk membawa masuk produk dari Vietnam.

“Produk tulen hanya dijual melalui 28 butik seluruh Malaysia dan 12 di Indonesia. Maklumat berhubung produk SK boleh peroleh di laman jual beli dalam talian iaitu Lazada, Shopee, FashionValet dan Astro Go Shop,” katanya.

Menurutnya, SK mempunyai seramai 217 pekerja dan 99 peratus daripadanya adalah warga tempatan dan ibu tunggal. – myMetro Online

Tags: palsutelekung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

42 Pusat Tahfiz Di Sabah Berdaftar Skuad Bomba

Next Post

Majikan Di Sabah Diingat Bayar Gaji Pekerja

Related Posts

14 Individu Direman SPRM Disyaki Kemuka Borang Daftar Kelahiran Palsu

14 Individu Direman SPRM Disyaki Kemuka Borang Daftar Kelahiran Palsu

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 14 individu kerana disyaki terbabit mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi...

Kenyataan Media UMNO Yang Tular Di Media Sosial Palsu – UMNO

Kenyataan Media UMNO Yang Tular Di Media Sosial Palsu – UMNO

12/05/2024
1

KUALA LUMPUR : Kenyataan tular antara lain mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif...

Next Post

Majikan Di Sabah Diingat Bayar Gaji Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd