• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Individu Direman SPRM Disyaki Kemuka Borang Daftar Kelahiran Palsu

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
14 Individu Direman SPRM Disyaki Kemuka Borang Daftar Kelahiran Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 14 individu kerana disyaki terbabit mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi butiran matan palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi sedangkan tiada rekod kelahiran di hospital terbabit.

Perintah reman selama lima hari sehingga 20 April ini dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Selangor.

“Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2015 hingga 2023.

“Semua suspek disyaki melakukan perbuatan terbabit dengan memohon kad pengenalan dan sijil kelahiran anak kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggunakan butiran matan palsu bagi pengesahan kelahiran bayi sedangkan tiada rekod kelahiran di hospital terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

BHonline-

Tags: borang daftar kelahiranpalsuSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd