• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Di Sabah Diingat Bayar Gaji Pekerja

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan majikan di negeri ini supaya mematuhi tempoh tujuh hari pembayaran gaji kepada pekerja masing-masing dari tarikh akhir setiap bulan mengikut undang-undang yang diperuntukkan di negeri ini.

Pengarahnya Kamal Pardi berkata ini termasuk pemberian gaji minimum RM920 atau lebih yang dikuatkuasakan di Sabah.

“Pada hari ini, JTK Sabah membuat operasi serentak di seluruh Sabah dinamakan Op Gaji Raya bagi memastikan pihak majikan membayar gaji bulan Mei, yang sepatutnya dibayar semalam ikut tujuh hari tempoh gaji berdasarkan Ordinan Buruh Sabah.

“Ini penting kerana kita sedia maklum bahawa minggu hadapan kita nak berhari raya. Jadi, kita nak pastikan pekerja-pekerja mendapat gaji dan boleh berhari raya, terutama yang Muslim, dan juga pekerja bukan Islam turut menerima gaji dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita pada operasi itu di Inanam dekat sini hari ini.

Menurut Kamal, kesalahan tidak membayar gaji dalam tempoh ditetapkan di bawah Seksyen 108 Ordinan Buruh Sabah memperuntukkan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Beliau memberitahu Op Gaji Raya itu dijalankan serentak di seluruh Sabah hari ini melibatkan 15 pejabat cawangan JTK di seluruh negeri dengan kekuatan 55 anggota.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamal berkata jabatan itu telah menjalankan 7,900 pemeriksaan di seluruh negeri pada tahun lepas dan pada suku pertama tahun ini, sebanyak 2,400 pemeriksaan dijalankan.

“Di sinilah kita dapat mengenal pasti mana-mana majikan yang tidak mengikut peraturan dan mana-mana yang kita boleh kompaun, kita akan kompaun atau kita buat pendakwaan.

“Memang ada kesalahan-kesalahan yang kita kesan (dalam pemeriksaan tahun lepas dan suku pertama tahun ini). Sebagai contoh, pada tahun lepas, sebanyak 260 kertas siasatan dibuka dan untuk suku pertama tahun ini sahaja, sebanyak 55 kertas siasatan dibuka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gajimajikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd