• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Sebab Kenapa Shahir ‘Hilang’ 3 Tahun Lepas

oleh
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUARA Akademi Fantasia musim kelapan ini pernah ‘menghilangkan dirinya’ semenjak tiga tahun dahulu dan turut  pernah digosipkan dengan primadona negara, Erra Fazira.

Bagaimanapun Shahir Zawawi kini secara terbuka telah tampil berkongsikan kisah di sebalik misteri ‘kehilangannya’ selama ini.

Jejaka yang berasal dari Kampar, Perak itu dikatakan pernah mencecah berat badan sehingga 90 kilogram. Terkejut? Tapi itulah realiti yang terjadi kepada dirinya.

“Antara benda yang orang tak tahu berat badan saya pernah mencecah 90 kilogram dan memang saya sangat gemuk ketika itu kerana berat badan yang tidak ideal.

“Saya gemuk bukan kerana tidak menjaga pemakanan tetapi saya berhenti bermain bola dan kurang bersenam membuatkan badan saya dipam macam bola,” katanya kepada mStar Online.

Menurut penyanyi yang berusia 29 tahun itu, sejak dia pulang ke Kampar, Perak, ramai yang tidak dapat mengecam dirinya.

Shahir bukan sahaja mengalami fasa kenaikan berta badan yang melampau, malah dia juga turut mengubah penampilan dirinya dengan menyimpan jambang.

“Jambang saya memang panjang ketika itu. Kalau saya tolak ke atas ia mencecah sampai ke dahi.

“Memang saya akui kalau keluar memang orang tak kenal. Mana tidaknya, sudahlah badan berisi, berjambang pula tetapi kau dilihat dua kali memang orang perasan itu saya,” tambahnya.

Bagi pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, tujuannya menyimpan jambang ialah bertujuan untuk mengikut sunnah Nabi dan bukannya untuk mengelak daripada dikenali oleh orang ramai.

Shahir mengakui bahawa dia mula aktif bersenam kira-kira dua bulan sebelum dia ‘muncul’ semula pada Jun yang lalu dan dia juga telah berjaya mendapatkan berat badan yang ideal iaitu 68 kilogram.

“Pada awalnya memang sukar hendak turunkan kembali berat badan tetapi memang saya berazam untuk dapatkan kembali bentuk tubuh asal dan Alhamdulillah dengan keazaman saya berjaya.

“Saya juga potong jambang tetapi tidak sampai licin dan masih ada cuma dipendekkan sahaja,” katanya lagi.

Tambah Shahir lagi, dia tidak mahu terlalu fokus dalam mendapatkan gelaran juara, namun dia tetap akan memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap kemunculannya di pentas AF Megastar.

Baginya, melayakkan diri memasuki pusingan separuh akhir sudah membuatkan dia bangga dengan pencapaiannya selama dia ‘menghilangkan diri’ sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Shahir AF8
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia

Next Post

Sindiket Bawa Masuk Pengganas Guna Pas Pelajar

Related Posts

“Bukan Saya Saja Yang Nak Shahir” – Erra Fazira

10/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Erra Fazira menyangkal dakwaan tindakan menampilkan Shahir dalam muzik video single terbarunya, Menangkah Cinta sebagai gimik murahan....

Erra Sangkal Bakal Tunang, Kahwin Masa Terdekat

11/01/2018
0

PELAKON, Erra Fazira menyangkal dakwaan kononnya bakal bertunang dan berkahwin dengan penyanyi, Shahir dalam masa terdekat seperti mana yang hangat...

Next Post

Sindiket Bawa Masuk Pengganas Guna Pas Pelajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd