• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Bawa Masuk Pengganas Guna Pas Pelajar

oleh
15/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan sindiket yang berjaya membawa masuk pengganas warga asing (FTF) ke Malaysia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau menjelaskan bahawa ia dikesan pihak polis berikutan penahanan 48 suspek sebelum ini dan dipercayai anggota FTF yang dapat ditahan sehingga tiga hari lepas.

“Kita percaya mereka menyamar menggunakan pas pelajar, seperti kes yang kita tahan sebelum ini ke atas sembilan orang daripada Abu Sayyaf Group (ASG) di wilayah selatan Filipina.

“Ada juga yang menggunakan dokumen palsu untuk masuk ke pintu negara. Mereka guna ruang untuk belajar di institusi agama dan turut diberi visa pelajar,” kata Mohamad Fuzi.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan dekat sini.

Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Semalam, Mohammad Fuzi berkata 45 pengganas FTF ditangkap hasil operasi mengesan dan menangkap mereka yang dijalankan sejak 6 Oktober lalu dan lagi tiga orang ditahan tiga hari lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak PDRM sedang giat mengesan dan bekerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan untuk membendung perkara berkenaan.

“Polis sedang mengesan pelajar lain yang terlibat dengan kerjasama intitusi pengajian tinggi di negara ini untuk membendung perkara ini daripada  terus berlaku,” kata Mohamad Fuzi.

Menurut beliau lagi, PDRM memandang serius terhadap kehadiran ramai pengganas asing memandangkan Malaysia ketika ini adalah antara negara yang menjadi tumpuan mereka.

Beliau berkata PDRM juga bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan tempatan dan asing untuk memastikan tiada ancaman pengganas asing wujud dalam negara.

“Kita akan mengambil langkah proaktif dari semasa ke semasa. Kita percaya mereka (pengganas) menggunakan konteks mereka terutama Daesh daripada negara kita dan daripada negara lain.

“Sebagai contoh kita menahan 19 orang daripada mereka, kita berupaya mengesan mereka menerusi kerjasama kita dengan pihak risikan dan keselamatan negara-negara lain,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Saksi Penyerahan Tugas Ketua Polis Negara

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin...

PDRM Akan Berjumpa PM Bantah IPCMC

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan bantahan terhadap hasrat untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd