• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Jam Yusoff Rawther Jalani Ujian Poligraf

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Muhammed Yusoff Rawther selesai menjalani ujian poligraf selama empat jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh seorang ahli politik.

Muhammed Yusoff hadir bersama peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Khatri hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada jam 2.50 petang tadi.

“Saya berpuas hati dengan ujian poligraf yang dilaksanakan. Butiran lanjut ada bersama pakar yang mengendalikan ujian tersebut. Saya percaya laporan ujian tersebut akan dimajukan kepada pihak terbabit untuk siasatan.

“Ujian poligraf ke atas Muhammed Yusoff ini adalah salah satu perkara yang ingin dilakukan supaya ketelusan dan kejujuran aduan atau siasatan dapat diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di sini, tadi.

Menurutnya, Yusoff hadir untuk bekerjasama dengan telus dan bersungguh-sungguh supaya polis dapat menjalankan satu siasatan lengkap.

“Seramai tiga pakar atau pihak yang terlatih melaksanakan ujian poligraf ke atas anak guamnya di dalam sebuah bilik.

“Saya bersama dengan pegawai penyiasat berada di luar bilik, kami tidak boleh masuk ke bilik itu,” katanya.

Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff selesai memberi keterangan yang mengambil masa selama lapan jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siastaan Jenayah Bukit Aman.

Muhammed Yusoff kemudian datang semula ke Bukit Aman untuk disambung keterangan pada keesokan harinya dan meninggalkan Bukit Aman selepas selesai dirakam keterangan selama tiga jam.

Keterangannya dirakam polis berhubung Akuan Bersumpah (SD) serta laporan polis di IPD Sentul dibuat pada 7 Disember lalu atas dakwaan menjadi mangsa cabul seorang ahli politik.

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebelum ini memaklumkan polis akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Huzir menyatakan seramai lapan individu termasuk ahli politik sudah dirakam keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawtherujian poligraf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Harap Dapat Lihat Bangunan Pertama Di Bandar Malaysia

Next Post

Kerajaan Diharap Pertimbang Kenaikan Tarif Pembentungan

Related Posts

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Next Post

Kerajaan Diharap Pertimbang Kenaikan Tarif Pembentungan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd