• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,031 Kes Positif Covid-19, Korban 23 Orang

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 235 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan kes positif koronavirus baharu (Covid-19) di Malaysia adalah 2,031 kes, manakala angka korban bertambah satu kes menjadikan 23 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan itu, 60 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Katanya, 175 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih dalam siasatan untuk kepastian.

“Sehingga kini, 45 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan, terdapat satu kes kematian baharu dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah sebanyak 23 kes.

“Kes kematian ke-23 adalah seorang lelaki berusia 62 tahun dengan latar belakang penyakit kronik. Beliau menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh dan meninggal dunia 12.37 tengah hari tadi,” katanya dalam sidang media harian terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif penyakit Covid-19, namun setakat ini, tiada kes jangkitan yang disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

“Daripada jumlah itu, seramai 39 anggota adalah dari kejadian kluster di Hospital Teluk Intan, Perak. Mengambil kira situasi semasa, KKM menetapkan agar semua anggota kesihatan dan anggota sokongan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di hospital berkenaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, walaupun dalam keadaan situasi wabak, KKM ingin menekankan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Ibu Hamil dan Anak adalah berjalan seperti biasa.

Katanya, anggota kesihatan akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah kepada ibu lepas bersalin untuk memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat manakala bagi ibu hamil dan ibu bapa yang berada di luar kawasan, boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan. – myMetro Online

Tags: Covid-19koronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok

Next Post

Daun Semambu Mampu Merawat Covid-19?

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Daun Semambu Mampu Merawat Covid-19?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd