• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seluruh umat Islam di Malaysia disarankan untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara, esok.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Solat Hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong hari ini, menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

“Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.

“Renungkanlah firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186),” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Malaysia ketika ini sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19 yang turut menyaksikan jumlah kematian meningkat ke 21 kes dan kes jangkitan melebihi 1,700 setakat semalam. – BH Online

Tags: Covid-19solat hajatumat IslamYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd