• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suri Rumah Rugi RM10,100 Ditipu Di Laman Sosial

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang suri rumah kerugian RM5,300 ditipu teman Facebook dari England yang baru dikenali selama tiga hari setelah dijanjikan diberikan barang bernilai RM80,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri dengan nama Calvin Lee pada Ahad lepas.

“Pada hari sama mangsa telah menerima mesej daripada WhatsApp bernombor 016-6322453 memberitahu ada barang dihantar kepadanya dan pada hari Isnin (17 Dis) mangsa dihubungi oleh seorang wanita bernama Norita menggunakan nombor yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diberitahu wanita berkenaan yang barang dikirim dari England bernilai RM80,000 dan mangsa diminta untuk membayar RM5,300 untuk bayaran kepada ejen.

“Mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM5,300 ke dalam satu nombor akaun yang telah diberikan oleh wanita berkenaan menerusi WhatsApp pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sekali lagi menerima mesej WhatsApp daripada nombor yang sama semalam meminta untuk membayar wang berjumlah RM26,500 namun tidak dituruti mangsa lalu membuat laporan polis semalam juga.

Dalam kes kedua melibatkan seorang suri rumah di sini, beliau berkata, seorang wanita berusia 49 tahun kerugian RM4,800 diperdayakan oleh kenalan dari Amerika Syarikat bernama Ben O Lennon.

“Pada 2 Dis mangsa dihubungi lelaki berkenaan menggunakan WhatsApp nombor telefon 13212593719 dan lelaki tersebut ingin memberi hadiah kepada mangsa namun berat hadiah melebihi had minima,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dipinta membuat bayaran berjumlah RM4,800 kepada syarikat penghantaran Global Maritime Delivery Company dan pembayaran telah dibuat mangsa pada 14 Dis ke satu akuan bank diberi lelaki berkenaan.

“Mangsa sekali lagi terima panggilan daripada Soiyima Kiran di nombor telefon 016-2395460 meminta mangsa membayar RM10,800 lagi untuk insurans keluarkan barang pos itu ke akaun yang sama, namun mangsa tidak membuat sebarang pembayaran selepas itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tipusuri rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Milan, Bologna Seri Dalam Kesejukan

Next Post

Lelaki Maut Dilanggar Ketika Tukar Tayar Kenderaan

Related Posts

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

10/05/2025
0

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini. Suami mangsa,...

Next Post

Lelaki Maut Dilanggar Ketika Tukar Tayar Kenderaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd