• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

oleh Mohd Arshad
10/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam
Share on FacebookShare on Twitter

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini.

Suami mangsa, Muhamad Tarmizi Mokhtar, 58, berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi hari ini ketika isterinya sedang bersenam di kawasan kediaman mereka di kejiranan Blok 6, Bandar Tasik Puteri.

“Ini bukan kes pertama, saya sudah tinggal di sini selama 15 tahun, dah banyak kes anjing liar ini.

“Alhamdulillah, isteri saya dalam keadaan baik, cuma cedera sedikit akibat digigit anjing dan ada kesan gigi anjing berkenaan di bahagian peha,”katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Tarmizi berkata, tinjauan di lokasi berhampiran kediaman mereka selepas insiden itu mendapati anjing liar berkenaan masih lagi berkeliaran di kawasan itu.

Menurutnya, mereka sekeluarga berharap satu tindakan segera dapat diambil bagi menangani isu berkenaan berikutan banyak aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, dia berharap isu anjing liar ini diluruskan secara tuntas dan berhemah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kelak.

Terdahulu media melaporkan seorang remaja parah akibat terjatuh selepas dikejar sekumpulan anjing liar di Jalan 6/40 Blok 6 Primula Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini, pada 2 Mei.

Bapa mangsa, Mohd Zarawi Manaf, 47, dilapor berkata, anak keempat daripada lima beradik itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Mohd Zarawi yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk ketika dihubungi hari ini merayu pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu anjing liar di kawasan itu.

“Ini serangan anjing liar kali kedua dalam tempoh beberapa minggu di kawasan perumahan ini, saya minta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ambil tindakan segera.

“Tolonglah tangkap anjing liar ini dengan segera, kami trauma, sudah dua kes berlaku, jangan sampai ada lagi kes seumpama ini berlaku selepas ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Anjing Liarsuri rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

Next Post

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Related Posts

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

Suri Rumah Mengaku Salah Bersubahat Kes Suami Didakwa Rogol Sepupu

Suri Rumah Mengaku Salah Bersubahat Kes Suami Didakwa Rogol Sepupu

20/02/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dalam kes rogol...

Next Post
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd