• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

oleh Mohd Arshad
21/05/2025
dalam Jenayah
0
Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama rakannya bagi mendapatkan barangan kemas bernilai RM12,000 milik ibu mentuanya.

Kejadian samun yang dikatakan berlaku di rumah mentuanya di Felda Chini Timur 1, di sini, pada 20 Mac lalu terbongkar selepas wanita berusia 27 tahun itu membuat laporan kononnya disamun oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian samun tersebut.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 36 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan pada 15 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirinya disamun oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau. Namun, siasatan lanjut mendapati dia sebenarnya merancang kejadian samun itu bersama rakannya untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya.

“Selepas menyamun, hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain dan melunaskan hutang along,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan samun, dadah dan pecah rumah.

“Malah, seorang daripada suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi, dua lagi suspek iaitu wanita yang berpura-pura menjadi mangsa dan seorang lelaki didapati negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kita turut merampas pelbagai barangan dipercayai berkait dengan kejadian samun tersebut hasil maklumat daripada suspek yang ditahan.

“Antara barangan dirampas termasuk tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, seutas rantai leher dan gelang tangan, beberapa helai pakaian, sebilah pisau berhulu kayu, kad bank serta dokumen pajak gadai,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, semua suspek kini direman sehingga 23 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Dua suspek utama iaitu wanita berkenaan dan rakannya akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuantan pada 23 Mei ini,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah keluarga di Felda Chini Timur berdepan detik cemas apabila disamun empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau yang memecah masuk rumah mereka.

-Sinar Harian

Tags: mentuaRompaksuri rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Next Post

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Related Posts

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

10/05/2025
0

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini. Suami mangsa,...

Suri Rumah Mengaku Salah Bersubahat Kes Suami Didakwa Rogol Sepupu

Suri Rumah Mengaku Salah Bersubahat Kes Suami Didakwa Rogol Sepupu

20/02/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dalam kes rogol...

Next Post
Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd