• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Budak Maut Nahas Treler Dipandu Bapa Beriya-Iya Mengikut

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng, malam tadi tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja.

Bagaimanapun, keadaan semalam berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut sama maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di sini.

Normah Khalid, nenek kepada kanak-kanak tersebut berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin, 31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan berbeza.

“Anak saya Shamshira bersama tiga anak termasuk yang bongsu, Adeeb Hud berumur dua tahun naik satu kereta kerana Hafize Nizam mahu meneruskan kerja mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan.

“Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar di sini, hari ini.

Normah, 66, berkata mereka sekeluarga menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kemalangan tersebut.

“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.

Normah berkata, anak bongsu mangsa, Adeeb Hud ada bertanyakan di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.

“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa Shamshira ketika ditemui pemberita enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dan berada dalam keadaan tidak bermaya.

Difahamkan, jenazah ketiga-tiga mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan petang ini. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkemalangan mauttreler
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Terus Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP

Next Post

Lokman Noor Adam Dibebas Dengan Jaminan Polis

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Next Post

Lokman Noor Adam Dibebas Dengan Jaminan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd