Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Zuraida Gambarkan Jamal Sebagai...

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan insiden hidung berdarah yang menimpa Ketua Kumpulan...

Saintis Perlu Diberi Lebih...

KUALA LUMPUR - Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat para saintis tempatan perlu diberi...

Lori Sampah Di Singapura...

UNIK... Mungkin disebabkan faktor geografi dan sumber manusia, lori sampah di Singapura kini...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan...

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara...

Najib Terus Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menggesa kerajaan agar membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengharungi tekanan hidup kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, dalam masa sama kerajaan juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan caruman KWSP rakyat dapat menjana pulangan lebih tinggi pada masa depan.

“Sebuah kerajaan yang prihatin perlu lebih fokus kepada mencari jalan untuk memulihkan dan menambah simpanan usia tua golongan terdesak selepas krisis Covid berakhir, bukan untuk menafikan hak pencarum untuk mengakses wang simpanan mereka pada masa mereka paling terdesak.

“Sebuah kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh besar untuk memastikan tabung-tabung rakyat menjana keuntungan serta pulangan yang lebih tinggi pada hari (depan) kelak,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar untuk kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan akaun 1 KWSP kerana ia untuk simpanan di usia tua mereka.

Dalam pada itu, isu pengeluaran caruman KWSP juga semakin hebat diperkatakan terutamanya menjelang pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.


Mengulas lanjut Najib berkata, banyak negara sudah pun membenarkan pencarum menggunakan simpanan tabung usia tua bagi membantu mereka mengatasi kesesakan kewangan kerana ekonomi jatuh merudum.

Menurutnya, antara negara-negara meluluskan atau menggalakkan pengeluaran wang dari tabung usia tua untuk pencarum terdesak pada masa Covid-19 termasuk Australia, Iceland, Peru, Chile Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Ada yang sudah luluskan pengeluaran kali kedua. Namun kebanyakan negara-negara tersebut juga meletakkan syarat bahawa pencarum perlu mengemukakan bukti mereka hilang sumber pendapatan atau keadaan kewangan mereka sudah kritikal.

“Jika alasan diberi pencarum ialah untuk bayar deposit bagi X50 sebab kereta itu lawa atau nak beli iPhone 12, mereka akan terus bakul sampahkan permohonan,” tambahnya. – Sinar Harian

Kategori