• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Noor Adam Dibebas Dengan Jaminan Polis

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Ahad lalu, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Lokman dibebaskan petang semalam manakala kertas siasatan kesnya akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam, media melaporkan Lokman direman sehari bagi membantu siasatan kes itu, selepas ditahan sepasukan polis di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan semalam berkata, kandungan video yang dimuat naik Lokman di media sosial disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana kesalahan menakutkan secara jenayah, Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, kerana menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan.

Terdahulu, Lokman memaklumkan menerusi laman Facebooknya memaklumkan ditahan polis ketika siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?’. – BERNAMA

Tags: Lokman Noor Adampolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd