• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 ADUN Johor Angkat Sumpah Sebagai Exco

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, pagi ini.

Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Menurut kenyataan pada laman Facebook rasmi Sultan Johor hari ini, majlis yang bermula pada 9 pagi itu dengan 10 EXCO yang mengangkat sumpah ialah Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang); Ayub Jamil (BN-Rengit), Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN-Layang-Layang) dan R Vidyananthan (BN-Kahang).

Turut mengangkat sumpah, Mazlan Bujang (BERSATU-Puteri Wangsa), Mohd Solihan Badri (BERSATU-Tenang); Tosrin Jarvanthi (BERSATU-Bukit Permai), Mohd Izhar Ahmad (BERSATU-Larkin) dan Dr. Chong Fat Full (BEBAS-Pemanis).

Jumaat lalu, Hasni, 61, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ada 56 kerusi yang mana ketika ini ia diwakili UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), BEBAS (satu) sementara AMANAH (9) dan PKR (empat). – BH Online

Tags: Exco JohorKerajaan Negeri Johorperikatan nasional
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd